Sunday, February 28, 2010

Kenangan lama (1993 - 1997)

Salam.... semua... salam satu Malaysia.

Tak tau bagaimana aku nak memulakan cerita aku.Mungkin ianya boleh bermula dengan sejarah keluargaku.

Aku mempunyai 4 org adik beradik,dua lelaki dan dua perempuan.Kira dua pasanglah.yang bestnya lagi 'selang bunga'.Aku pulak anak yang ke-3. KaK Ngah dan Abang Long aku dah berkahwin dan mempunyai kehidupan masing2. (Aku masih menanti blog diorang)

Aku dibesarkan di Kg Chenderah,Jasin,Melaka. Ada orang kata 'Just Seen'.Kampung aku agak dipedalaman. Pada waktu itu iaitu pada sekitar 90-an , majoriti penduduknya hanya kerja kampung termasuk keluargaku sendiri. Pagi menoreh and petang bersawah.Bagi aku, sebagai keluarga yang berpendapatan rendah ianya menjadi faktor rangsangan sesebuah komuniti itu berjuang untuk meningkatkan ekonomi. Kita boleh lihat sejarah Malaysia itu sendiri terbukti dengan hasilnya kemerdekaan. (Melalut lak aku) hehehehe.

Aku rindu dengan suasana di waktu pagi...... di kampung...

Suara ayam bersahut2an di kala subuh, pada waktu tu emak mengejutkan kami adik beradik.
Bukan ingin mendera tapi mengingatkan kami perjalanan masih jauh lagi untuk kesekolah...
Untuk ke simpang kg kami jer kira2 2.5 km. Bilik air ada satu,kena cepat2 la masing2 menyiapkan diri untuk ke sekolah.Biasanya selepas solat subuh kira2 jam 6.30 am kami dah melangkah kaki menuju ke simpang kg kami untuk menunggu bas. Bas Malacca Omnibus Services (MOS) masih ingat lagi aku. Bas yang macam tin sardin yang akan melalui simpang kg aku. Kebiasaanya sykt bas tersebut mempunyai 3 trip lalu di situ iaitu pukul 6.45 am dan berselang dengan 15 minit kemudiannya.

Bagi kami yang duduk jauh di pedalaman memang kenangan yang terindah jika terlepas trip yang ketiga (tak gi sekolah ler jawabnya) disebabkan trip yang ke 4 selang satu jam pulak! SO RAMAI2 LA BALIK KE RUMAH.HAHAHAHA.

Apabila turun jer bas ke station bus di Pekan Jasin (Sekarang dah naik taraf Bandar), kami berjalan ke sekolah kira2 1 km.So setiap hari kira2 5 Km kami berjalan (lebih kurang Taman Dato Senu, Sentul ke Masjid India). Tapi aku agak bernasib baik kerana cuma bersekolah di situ selama 3 tahun jer.

Sekolah Iskandar Shah..... sekolah menengah pertamaku (1993 - 1195)

Sekolah yang terletak betul2 di atas bukit di kawasan Kg Kelubi.Di sebelah sekolahku terletaknya padang golf dan bekas sawah (sekarang dah naik bangunan dan stadium bola sepak Jasin. Maju jugak Bandar Jasin sekarang nie... Aku lihat Melaka pun dah jauh berbeza dulu dan sekarang.

Sekolah Vokasional Melaka Tengah. (1996 - 1997)


Sekolah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan berasrama walaupun tak lama cuma 2 tahun. Di sini aku mengambil kursus elektronik di mana banyak membincangkan aspek teori asas litar, amali dan lukisan kejuruteraan.Tujuan sekolah ini melahirkan pelajar teknikal tidak kira menjadi Juruteknik, Penolong Jurutera, Jurutera atau Pengajar Teknikal.Tapi aku rasa berbaloi jugak kerajaan mewujudkan sekolah ini dan kebanyakkanya sudah dinaikkan taraf kepada Teknik.