Friday, March 12, 2010

Dapat kerja Goverment....

Alhamdullilah... Doa Ibu dan Bapa....

Memang rezeki yang tak disangka2 aku diterima kerja sebagai juru teknik di Majlis Amanah Rakyat (Mara).Sebelum tu memang aku rasakan amat tipis peluang untuk mendapatkan kerja tu,al maklum la kata orang nak dapat kerja kerajaan mesti ada 'kabel'.Aku pulak tak da kabel. Tapi aku bersyukur kerana rupanya aku jaga 'kabel' gak.huhuhuhuhu.. Kabel telefon.....

Thursday, March 11, 2010

Lepas abis blaja Politeknik Port Dickson (2001- 2002)

Lepas jer aku tamatkan pelajaran di Politeknik Port Dickson, aku terus bekerja store keeper kat kilang kain.Al maklumlah,kerja yang bersesuaian susah nak dapat.Tapi kerja tak lama lebih kurang 3 bulan disebabkan kerja kat store berkurangan.Lagipun aku pernah terseliuh pinggang kat situ tp tak da apa2 tindakan diorang.kengkawan pun suggest berhenti.

Sebelum nie aku pernah berjanji ngan mak aku,abis blaja poli aku akan renovate umah lama.So lepas jer aku berhenti kerja kilang aku terus renovate umah aku.ambik masa lebih kurang 3 bulan.Kerja2 nie dilakukan hanya 2 orang jer.(aku dan bang Misran).Bang Misran banyak mengajar aku erti pertukangan.Bila malam aku wat wiring sesorang lak.Akhirnya berjaya gak aku n bang misran membuat rumah ala2 banglo.Pada asalnya rumah aku cuma rumah papan.

Kerja2 merobohkan nie memang rumit kerana umah tu nak tinggal dan rumah tu juga nak renovate. Semasa kerja memasang bumbung Ardec sebanyak 60 keping 14 kaki memang banyak cabarannya.bayangkan sorang kat bawah dan sorang lagi sambut kepingan bumbung.Habis jer pemasangan bumbung,dua2 demam.. kelakar rasanya...
Tapi dalam pembinaan nie aku dan abang Misran tak usik dua benda iaitu plaster dinding dan memasang siling.So, kami mengupah orang. Badget pembinaan nie lebih kurang 24 ribu pada masa tu.Tapi aku anggarkan kalau tak wat sendiri,harapkan 100 % upah orang mau jejak 50 ribu.Bayangkan rumahku hampir 80% renovate.

Thursday, March 4, 2010

Belajar di IPTA...

Mengenangkan kembali saat blaja dulu memang best...

Politeknik Port Dickson........ PPD

Apa xbestnya, makan sendiri, rumah sewa, pergh.... macam dah kerja....
Nasib baik dapat pinjaman daripada k'jaan.Berbekalkan duit simpanan rm1500 dan bantuan daripada keluarga.cukup la menampung perbelanjaan belajar selama 2 tahun (tp sebenarnya setahun setengah jer) setengah tahun lagi practical.

So... pada akhir tahun semester iaitu semester terakhir adalah saat sukar disebabkan keadaan mencari umah sewa last minit dan yang paling teruk sekali hampir2 kantoi dalam subjek projek (gaduh ngan lecturer).saper xkenal lecturer (Mustapha) dari Sabah (bukan menghina negeri Sabah tp lecturer tu datang dari sana).Ada ker patut, halau student tanpa minta penjelasan dari student itu sendiri.Tp aku bangga, ketua jabatan pada waktu itu beri kelepasan dan menyuruh lecturer itu meluluskan kami sekumpulan. (terima kasih Mr. Chan Chee Meng). Atas alasan lecturer kami banyak masalah personal dan mengalami tekanan mental. hahahhaha

Pada minggu2 akhir Semester akhir kami mengadakan pesta muda mudi Sijil Elektrik (Kuasa) di tepi pantai poli.Kelas kami jer seramai 118 orang (tak termasuk couple yang datang). Makan BBQ, masak sendiri dan anjuran sendiri.Siap ada persembahan lagu dan pantun sekali... mmg best.Tp sedar x sedar jam dah kul 12 malam.Tetiba datang la sekumpulan Badan Pencegah Maksiat dan dia ingatkan kami mengadakan parti muda-mudi SEK. (Sijil Elektrik Kuasa). Tak sangka kat banner tu letak PARTI MUDA MUDI SEK.huhhuhuhuhu.haru rasanyer.

Sunday, February 28, 2010

Kenangan lama (1993 - 1997)

Salam.... semua... salam satu Malaysia.

Tak tau bagaimana aku nak memulakan cerita aku.Mungkin ianya boleh bermula dengan sejarah keluargaku.

Aku mempunyai 4 org adik beradik,dua lelaki dan dua perempuan.Kira dua pasanglah.yang bestnya lagi 'selang bunga'.Aku pulak anak yang ke-3. KaK Ngah dan Abang Long aku dah berkahwin dan mempunyai kehidupan masing2. (Aku masih menanti blog diorang)

Aku dibesarkan di Kg Chenderah,Jasin,Melaka. Ada orang kata 'Just Seen'.Kampung aku agak dipedalaman. Pada waktu itu iaitu pada sekitar 90-an , majoriti penduduknya hanya kerja kampung termasuk keluargaku sendiri. Pagi menoreh and petang bersawah.Bagi aku, sebagai keluarga yang berpendapatan rendah ianya menjadi faktor rangsangan sesebuah komuniti itu berjuang untuk meningkatkan ekonomi. Kita boleh lihat sejarah Malaysia itu sendiri terbukti dengan hasilnya kemerdekaan. (Melalut lak aku) hehehehe.

Aku rindu dengan suasana di waktu pagi...... di kampung...

Suara ayam bersahut2an di kala subuh, pada waktu tu emak mengejutkan kami adik beradik.
Bukan ingin mendera tapi mengingatkan kami perjalanan masih jauh lagi untuk kesekolah...
Untuk ke simpang kg kami jer kira2 2.5 km. Bilik air ada satu,kena cepat2 la masing2 menyiapkan diri untuk ke sekolah.Biasanya selepas solat subuh kira2 jam 6.30 am kami dah melangkah kaki menuju ke simpang kg kami untuk menunggu bas. Bas Malacca Omnibus Services (MOS) masih ingat lagi aku. Bas yang macam tin sardin yang akan melalui simpang kg aku. Kebiasaanya sykt bas tersebut mempunyai 3 trip lalu di situ iaitu pukul 6.45 am dan berselang dengan 15 minit kemudiannya.

Bagi kami yang duduk jauh di pedalaman memang kenangan yang terindah jika terlepas trip yang ketiga (tak gi sekolah ler jawabnya) disebabkan trip yang ke 4 selang satu jam pulak! SO RAMAI2 LA BALIK KE RUMAH.HAHAHAHA.

Apabila turun jer bas ke station bus di Pekan Jasin (Sekarang dah naik taraf Bandar), kami berjalan ke sekolah kira2 1 km.So setiap hari kira2 5 Km kami berjalan (lebih kurang Taman Dato Senu, Sentul ke Masjid India). Tapi aku agak bernasib baik kerana cuma bersekolah di situ selama 3 tahun jer.

Sekolah Iskandar Shah..... sekolah menengah pertamaku (1993 - 1195)

Sekolah yang terletak betul2 di atas bukit di kawasan Kg Kelubi.Di sebelah sekolahku terletaknya padang golf dan bekas sawah (sekarang dah naik bangunan dan stadium bola sepak Jasin. Maju jugak Bandar Jasin sekarang nie... Aku lihat Melaka pun dah jauh berbeza dulu dan sekarang.

Sekolah Vokasional Melaka Tengah. (1996 - 1997)


Sekolah yang banyak mengajar aku tentang kehidupan berasrama walaupun tak lama cuma 2 tahun. Di sini aku mengambil kursus elektronik di mana banyak membincangkan aspek teori asas litar, amali dan lukisan kejuruteraan.Tujuan sekolah ini melahirkan pelajar teknikal tidak kira menjadi Juruteknik, Penolong Jurutera, Jurutera atau Pengajar Teknikal.Tapi aku rasa berbaloi jugak kerajaan mewujudkan sekolah ini dan kebanyakkanya sudah dinaikkan taraf kepada Teknik.